Thursday 23 November 2017

HEBAHAN MYAGROSIS POLITEKNIK MALAYSIA

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Politeknik Sultan Azlan Shah dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bakal menganjurkan satu pertandingan Inovasi Myagrosis Politeknik Malaysia bersempena Program Pengkomersilan Produk Inovasi NBOS Institut Pengajian Tinggi (Chillax Myagrosis Program) pada 27-28 November 2017 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS), Behrang, Perak.

Program yang menghimpunkan pelbagai inovasi produk dan teknologi dari politeknik-politeknik seluruh Malaysia bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada inovasi yang telah dihasilkan oleh pelajar-pelajar politeknik. FAMA bersama-sama politeknik akan membantu mendapatkan business matching dan networking bagi memperluaskan kebolehpasaran produk yang dihasilkan.

Tuan puan boleh melayari pautan http://bit.ly/myagrosis2017 untuk sebarang maklumat berkaitan Pertandingan Inovasi Myagrosis Politeknik Malaysia.


No comments:

Post a Comment