Friday 6 January 2017

Pengurusan Kebajikan Pelajar PSAS (JHEP)

Assalamualaikum..
Info bersama..

PENGURUSAN KEBAJIKAN PELAJAR :
 
1. Maklumat boleh dilayari di Portal PSAS – Sokongan Akademik - JHEP - Pengurusan Kebajikan Pelajar & Borang-borang
  • Maklumat mengenai Pengurusan Kebajikan Pelajar boleh dilayari di Portal PSAS mengenai Pinjaman Tabung Kebajikan Pelajar, Sumbangan khairat kematian pelajar/ibu/bapa/penjaga, maklumat mengenai tuntutan insuran pelajar, borang-borang kebajikan pelajar dan borang tuntutan insuran boleh didapati di Portal PSAS.
 
2. Pinjaman Tabung Kebajikan Pelajar
  • Pelajar perlu mengisi borang pinjaman dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
  • Syarat-syarat permohonan pinjaman seperti berikut:
           i. Keutamaan diberikan kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan yang kritikal untuk membuat bayaran yuran pengajian dan kamsis, sara diri pelajar ataupun ditimpa sesuatu musibah.
          ii. Mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik.
         iii. Pelajar tidak layak memohon sekiranya dikenakan tindakan tatatertib atau mempunyai rekod pelanggaran tatatertib.
         iv. Kadar pinjaman yang ditetapkan adalah sebanyak RM200. Kadar ini tertakluk kepada persetujuan Ahli Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pelajar dan kedudukan kewangan semasa Tabung Kebajikan Pelajar.
 

3. Program Sarapan Pagi JHEP
  • Program sarapan pagi di JHEP akan bermula pada 13 Disember 2016.
  • Sebanyak 50 bungkus nasi lemak akan disediakan setiap hari pada hari bekerja sahaja.
  • Kepada pelajar yang memerlukan sarapan pagi secara percuma silalah dapatkan di pejabat JHEP.

4. Program Penajaan Bantu Pelajar Miskin untuk Sambung Pengajian di Politeknik (KPT)
Pelajar daripada golongan kurang berkemampuan dan miskin yang memenuhi syarat kelayakan kemasukan juga diberi peluang untuk menyambung pengajian di politeknik melalui tindakan-tindakan berikut:-
  • memberi laluan kemasukan terus tanpa melalui syarat meritokrasi kepada calon pelajar daripada keluarga isi rumah berpendapatan 40 peratus ke bawah (golongan B40);
  • mengenakan kadar yuran yang rendah iaitu hanya sebanyak RM200 bagi satu semester;
  • memberi kemudahan pinjaman pembiayaan semasa pengajian daripada Tabung Pendidikan Tinggi Negara; dan (Pelajar boleh mohon PTPTN)
  • memberi kemudahan biasiswa dan tajaan daripada beberapa agensi awam dan swasta seperti majlis dan lembaga zakat negeri-negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam, yayasan-yayasan negeri dan pihak swasta, MARA dan Kerajaan Negeri. (Pelajar boleh mohon kemudahan biasiswa dan tajaan daripada agensi)
 
5. Sumbangan Khairat Kematian Pelajar / Ibu Bapa / Penjaga
  • Pelajar/waris perlu mengisi borang sumbangan khairat kematian dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
  • Sumbangan khairat kematian dari Tabung Kebajikan Pelajar boleh diberikan kepada pelajar sekiranya ibu, bapa atau penjaga meninggal dunia semasa pelajar berada dalam tempoh pengajian.
  • Sekiranya pelajar meninggal dunia disebabkan kematian biasa, kematian penyakit atau kematian kemalangan, Penasihat Akademik atau waris pelajar bolehlah menuntut sumbangan khairat kematian daripada Pegawai Kebajikan Pelajar PSAS.
 
6. Pengurusan Insuran Pelajar
  • Semua pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad.
  • Pelajar diwajibkan membayar insuran yang sudah termasuk dalam yuran bayaran pelbagai untuk setiap semester ganjil (sem 1, sem 3, sem 5, extend sem7).
  • Pelajar yang menangguhkan pengajian pada semester ganjil juga diwajibkan membayar insuran ini. Pastikan PA dapat memaklumkan perkara ini kepada pelajar. 
  • Pelajar yang menjalani latihan industri (Diploma dan Degree) juga dilindungi oleh Insuran Kemalangan Diri Berkelompok oleh Syarikat Etiqa Takaful Berhad.
  • Pelajar yang terlibat kemalangan sebagai pesakit luar tidak layak mendapat faedah tuntutan insuran. Walaubagaimanapun PA boleh melaporkan kemalangan pelajar dengan menghantar borang laporan kemalangan yang boleh didapati dalam Portal PSAS ke JHEP untuk tujuan rekod.
  • Setiap tuntutan insuran yang dihantar perlu lengkap dengan senarai semak tuntutan, borang tuntutan insuran dan dokumen-dokumen yang diperlukan yang boleh didapati dalam Portal PSAS.
  • PA atau pelajar perlu mengisi borang laporan kemalangan pelajar PSAS dan membaca panduan carta alir permohonan yang boleh didapati di Portal PSAS.
 
            Faedah yang diperolehi dari hasil bayaran insuran sebanyak RM36.70 setahun bagi seorang pelajar adalah seperti dinyatakan dalam jadual berikut:
               
FAEDAH
 KADAR TUNTUTAN
Kematian (Kemalangan)
RM 40,000
Kematian (Biasa/Penyakit)
RM   5,000
Keilatan Kekal Menyeluruh (Kemalangan)
RM 40,000
Perbelanjaan Perubatan (Kemalangan)
RM   3,000
Khairat Kematian (Kemalangan)
RM   1,500
Khairat Kematian (Biasa/Penyakit)
RM      750
Elaun Harian Hospital (Kemalangan)
RM 50 sehari (maksima 30 hari)
 

No comments:

Post a Comment