Tuesday, 20 February 2018

Sumbangan Buku oleh INTAN, Bukit Kiara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pada 15.02.2018, Perpustakaan PSAS telah menerima sumbangan 30 buah buku dari pihak Perpustakaan INTAN, Bukit Kiara. Perpustakaan PSAS mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan buku yang diberikan..




Wednesday, 14 February 2018

Sumbangan Buku Dari Penulis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 14.02.2018, Perpustakaan telah menerima sebuah novel bertajuk Teroris dari penulis Syauqie M.K.. Perpustakaan mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan buku.. Semoga dengan pemberian ini akan memberikan banyak manfaat pada pembaca..


Teroris: Aku Bukan Teroris oleh Syauqie M.K.

Filipina (2010) USD18 juta saham dijual…..
Thailand (2010) USD55 juta hartanah dilupuskan…..
Indonesia (2010) USD35 juta aset dicairkan…..
– Financial Intelligence Unit, Interpol
SAFWAN HAMDAN – seorang pegawai kanan Bank Kebangsaan Malaysia, terjebak dengan jemaah rahsia yang menjanjikan kebangkitan dan kembalinya kegemilangan Islam di bumi Nusantara. Namun, apabila hampir menjadi korban dalam suatu insiden letupan terburuk di Jakarta, Safwan mulai sangsi dengan perjuangan jemaah itu. Dia nekad mencari kebenaran.

Sekeping nota ringkas menjadi kunci segala persoalan.

Kemunculan ARISYA secara tiba-tiba di dalam hidupnya menjadi tanda-tanya.

Sementara itu satu persatu penama di dalam nota misteri itu menjadi sasaran pembunuh upahan di Jakarta, Bangkok dan Kuala Lumpur .

Siapakah dalang di belakang tabir jemaah misteri itu??

Safwan perlu merungkai satu konspirasi kompleks dan berbahaya yang bakal menggegar pelosok Nusantara.

Friday, 2 February 2018

Kalendar Latihan PNM 2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Berikut ialah Kalender Latihan di Perpustakaan Negara Malaysia untuk tahun 2018
Permohonan boleh klik SINI.. Bolehlah mula merancang Kursus anda..









Friday, 19 January 2018

Pameran Kartun & Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Filem JIBAM bakal ditayangkan selama 2 hari di Muzium Negara bermula SABTU INI. 

Berita baik buat anda yang tidak berkesempatan menonton Jibam di pawagam tempoh hari. Muzium Negara bakal mengadakan tayangan filem Jibam bermula 20 Januari, pada hari Sabtu dan Ahad ini. 


Tayangan 2 hari ini adalah bersempena dengan Pameran Kartun & Kita yang sedang berlangsung sekarang sehingga April 2018. 

Harga Tiket: RM15 
Boleh dibeli di kaunter tiket sebelum tayangan. 

Penuhi aktiviti hujung minggu anda dan keluarga di Muzium Negara dan jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan filem Jibam bersama penulis novelnya, Kartunis Ujang. 


Bibliotherapy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perkongsian ini diambil dari Facebook Saudara Zamri Mohamad.
Boleh Klik SINI untuk post asal..

"Penagih dadah menjadi pejuang buku"

Semasa sesi rehat di bengkel penulisan buku pertama semalam, saya duduk-duduk dengan seorang peserta bengkel yang merupakan pensyarah di bawah Fakulti Penguruan Maklumat UITM.

Dia pernah menghadiri latihan pengamalan bibliotherapy di Bandung, Indonesia.

Apakah itu bibliotherapy?

Jika menurut Jenni Ogden Ph.d, bibliotherapy merupakan cara membantu pembaca berhadapan situasi melalui terapi pembacaan.

Latihan kumpulan bibliotherapy pesat berlaku di United Kingdom melibatkan hospital dan sekolah perubatan.

Samual Crothers merupakan orang yang menggunakan perkataan bibliotherapy pada tahun 1916.

Dalam Bibiliotheca Historeca disebutkan, ruang buku diraja pada zaman raja Mesir, Ramses II adanya satu frasa, Rumah Penyembuhan Jiwa.

Pengkaji percaya ini adalah konsep bibliotherapy dalam sejarah yang menjadi teras sains perpustakaan.

Konsep ini didapati wujud berdasarkan catatan seorang sejarawan Greek bernama Diodorus

Konsep ini diangkat jauh dalam sejarah perbukuan dalam sains perpustakaan.

"Saya bertemu pasangan suami isteri di Indonesia. Seorang wanita menjalankan terapi buku ke atas seorang penagih dadah tegar yang sudah dilihat tidak ada harapan lagi. Setiap hari dia datang memilih buku yang betul dan membacakan untuk penagih di bawah jambatan. Lama kelamaan penagih itu memperoleh kekuatan mengubah hidup dan semakin pulih," cerita peserta bengkel semalam.

Apa yang berlaku?

Pengamal bibliotherapy dan lelaki yang sudah menjadi bekas penagih kemudian mendirikan rumahtangga.

Oh!

Dia semakin galak berkongsi, "Cerita tidak habis di situ. Lelaki itu kemudian membawa angkutan kota, iaitu van yang dijadikan pengangkutan awam di Indonesia. Dia meletakkan buku-buku dalam kenderaan dibawa untuk penumpang."

Lelaki itu percaya, jika buku yang betul disentuh tangan pembaca yang runsing dan resah dalam kehidupan seperti dia dahulu, maka buku itu adalah terapi menenangkan fikiran dan mengatur hidup pembaca kembali.

"Manakala isteri dia pula membawa buku dari satu tempat ke satu tempat memberikan secara percuma," tambahan kisah suami isteri yang mahu merawat psikologi rakyat Indonesia melalui pembacaan buku yang betul.

Subhanallah. Ilham yang tidak putus-putus Allah berikan dalam menambah baik kehidupan manusia melalui tangan-tangan manusia.

Pada tahun 1972, Hospital Al Mansur di Kaherah menggunakan Quran sebagai bibliotherapy kepada para pesakit.

Lalu saya kembali memasukkan diri ke dalam selimut sejarah, membaca serba sedikit amalan bibliotherapy.

Pada Perang Dunia Pertama, buku digunakan sebagai terapi ke atas pesakit. Perkara ini diusahakan oleh Perkhidmatan Perpustakaan Pertahanan.

Jauh berundur kembali ke kurun pertama, seorang ahli fizik dan falsafah Rome bernama Galen mengekalkan fungsi bibiliotherapy perpustakaan perubatan untuk kegunaan petugas spa rawatan, Sanctuary Asclepion.

"Preskripsi buku sebagai rawatan kepada pembaca dicadangkan dalam sesi," kata dia lagi.

Di pintu masuk dewan, sambil mendengar pencerahan pengamal bibliotherapy, saya terfikir adanya usaha membangunkan kumpulan penulis yang menguasai subjek dan buku-buku yang ditulis khusus untuk kumpulan bibliotherapy.

Cabang kerjaya berfokus dalam memulihkan fikiran manusia melalui menggunakan buku-buku yang disalurkan melalui kumpulan pengamal bibliotherapy.