Friday 19 January 2018

Pameran Kartun & Kita

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Filem JIBAM bakal ditayangkan selama 2 hari di Muzium Negara bermula SABTU INI. 

Berita baik buat anda yang tidak berkesempatan menonton Jibam di pawagam tempoh hari. Muzium Negara bakal mengadakan tayangan filem Jibam bermula 20 Januari, pada hari Sabtu dan Ahad ini. 


Tayangan 2 hari ini adalah bersempena dengan Pameran Kartun & Kita yang sedang berlangsung sekarang sehingga April 2018. 

Harga Tiket: RM15 
Boleh dibeli di kaunter tiket sebelum tayangan. 

Penuhi aktiviti hujung minggu anda dan keluarga di Muzium Negara dan jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan filem Jibam bersama penulis novelnya, Kartunis Ujang. 


Bibliotherapy

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perkongsian ini diambil dari Facebook Saudara Zamri Mohamad.
Boleh Klik SINI untuk post asal..

"Penagih dadah menjadi pejuang buku"

Semasa sesi rehat di bengkel penulisan buku pertama semalam, saya duduk-duduk dengan seorang peserta bengkel yang merupakan pensyarah di bawah Fakulti Penguruan Maklumat UITM.

Dia pernah menghadiri latihan pengamalan bibliotherapy di Bandung, Indonesia.

Apakah itu bibliotherapy?

Jika menurut Jenni Ogden Ph.d, bibliotherapy merupakan cara membantu pembaca berhadapan situasi melalui terapi pembacaan.

Latihan kumpulan bibliotherapy pesat berlaku di United Kingdom melibatkan hospital dan sekolah perubatan.

Samual Crothers merupakan orang yang menggunakan perkataan bibliotherapy pada tahun 1916.

Dalam Bibiliotheca Historeca disebutkan, ruang buku diraja pada zaman raja Mesir, Ramses II adanya satu frasa, Rumah Penyembuhan Jiwa.

Pengkaji percaya ini adalah konsep bibliotherapy dalam sejarah yang menjadi teras sains perpustakaan.

Konsep ini didapati wujud berdasarkan catatan seorang sejarawan Greek bernama Diodorus

Konsep ini diangkat jauh dalam sejarah perbukuan dalam sains perpustakaan.

"Saya bertemu pasangan suami isteri di Indonesia. Seorang wanita menjalankan terapi buku ke atas seorang penagih dadah tegar yang sudah dilihat tidak ada harapan lagi. Setiap hari dia datang memilih buku yang betul dan membacakan untuk penagih di bawah jambatan. Lama kelamaan penagih itu memperoleh kekuatan mengubah hidup dan semakin pulih," cerita peserta bengkel semalam.

Apa yang berlaku?

Pengamal bibliotherapy dan lelaki yang sudah menjadi bekas penagih kemudian mendirikan rumahtangga.

Oh!

Dia semakin galak berkongsi, "Cerita tidak habis di situ. Lelaki itu kemudian membawa angkutan kota, iaitu van yang dijadikan pengangkutan awam di Indonesia. Dia meletakkan buku-buku dalam kenderaan dibawa untuk penumpang."

Lelaki itu percaya, jika buku yang betul disentuh tangan pembaca yang runsing dan resah dalam kehidupan seperti dia dahulu, maka buku itu adalah terapi menenangkan fikiran dan mengatur hidup pembaca kembali.

"Manakala isteri dia pula membawa buku dari satu tempat ke satu tempat memberikan secara percuma," tambahan kisah suami isteri yang mahu merawat psikologi rakyat Indonesia melalui pembacaan buku yang betul.

Subhanallah. Ilham yang tidak putus-putus Allah berikan dalam menambah baik kehidupan manusia melalui tangan-tangan manusia.

Pada tahun 1972, Hospital Al Mansur di Kaherah menggunakan Quran sebagai bibliotherapy kepada para pesakit.

Lalu saya kembali memasukkan diri ke dalam selimut sejarah, membaca serba sedikit amalan bibliotherapy.

Pada Perang Dunia Pertama, buku digunakan sebagai terapi ke atas pesakit. Perkara ini diusahakan oleh Perkhidmatan Perpustakaan Pertahanan.

Jauh berundur kembali ke kurun pertama, seorang ahli fizik dan falsafah Rome bernama Galen mengekalkan fungsi bibiliotherapy perpustakaan perubatan untuk kegunaan petugas spa rawatan, Sanctuary Asclepion.

"Preskripsi buku sebagai rawatan kepada pembaca dicadangkan dalam sesi," kata dia lagi.

Di pintu masuk dewan, sambil mendengar pencerahan pengamal bibliotherapy, saya terfikir adanya usaha membangunkan kumpulan penulis yang menguasai subjek dan buku-buku yang ditulis khusus untuk kumpulan bibliotherapy.

Cabang kerjaya berfokus dalam memulihkan fikiran manusia melalui menggunakan buku-buku yang disalurkan melalui kumpulan pengamal bibliotherapy.

Thursday 18 January 2018

Perpustakaan Komuniti di Sekitar Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut merupakan senarai perpustakaan komuniti yang ada di sekitar Kuala Lumpur.







Sumber dari Facebook Perpustakaan Kuala Lumpur.

Wednesday 17 January 2018

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (PBAKL 2018) kali ke 37 akan diadakan pada 27 April – 6 Mei 2018 bertempat di Putra World Trade Centre ( PWTC )


Monday 15 January 2018

Program “AGROPRENEUR HIDROPONIK”

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Tempat: Politeknik Nilai N.Sembilan 
Tarikh: 13/1/18 (Sabtu)
Taklimat dan penerangan mengenai Agropreneur Hidroponik NFT (Nutrien Film Technique).. Pelajar juga diajar secara praktikal..



Taklimat diberikan terlebih dahulu kepada pelajar..

 Sesi praktikal dan langkah yang perlu dibuat untuk proses penanaman Hidroponik..

Berakhirlah sudah Program.. Terima kasih kepada pelajar dan tenaga pengajar..

Thursday 11 January 2018

Plagiarism Checker

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Berikut ialah cara untuk memuat turun Aplikasi Plagiarism Checker ke Komputer anda..

Pergi ke portal PSAS dan klik pada bahagian sokongan dan cari Unit Perpustakaan..
Di bahagian Kanan ada Tertera Grammarly & Plagiarism Checker.. Sila klik pada perkataan Grammarly & Plagiarism Checker..

Klik pada perkataan Download..
Setelah file WinRAR berjaya dimuat turun, buka fail..

 Double klik pada perkataan Plagiarism Checker

 Klik Run

 Klik perkataan Continue

 Anda dah boleh guna.. Sekiranya ada box yang menyuruh anda masukkan email, sila masukkan email Gmail ataupun Yahoo anda.. Anda dah boleh guna..

Sekiranya anda mengalami masalah ataupun memerlukan bantuan sila hubungi Unit Perpustakaan PSAS, staf Perpustakaan akan membantu anda.. Terima kasih..

Tuesday 9 January 2018

Audit Migrasi ISO 9001:2015 (08 Januari 2018)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Perpustakaan telah di audit pada 08 Januari 2018 oleh Encik Muhammad Fahlullah Rahmat.. segala dapatan yang diperolehi akan dijadikan panduan dalam memastikan operasi Perpustakaan berjalan dengan lebih baik..


Monday 8 January 2018

Perjumpaan Ketiga KSP

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Pada 06 Januari 2018 ahli Kelab Sahabat telah mengadakan perjumpaan ketiga.. Pada perjumpaan ini, ahli KSP telah mengadakan gotong royong dan mewarna mural di Tangga..



Jejak Ilmu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Mural di tangga ini telah dilukis oleh Pelajar Praktikal dan diwarnakan oleh ahli Kelab Sahabat Perpustakaan pada 06 Januari 2018..





Tuesday 2 January 2018

Aktiviti Perpustakaan Julai - Disember 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Berikut ialah Aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Perpustakaan sepanjang Julai sehingga Disember 2017..