Thursday 5 January 2017

Kursus PERCUMA Profesional Welders tahap 3GSMAW

Assalammulaikum wbr dan Salam Sejahtera,
 
YBhg. Datuk/ Datin/ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Pusat Teknologi Politeknik Sultan Azlan menjemput pelajar Politeknik Malaysia & Kolej Komuniti yang telah tamat pengajian masing-masing menyertai Kursus PERCUMA Profesional Welders tahap 3GSMAW selama 1 bulan (Februari 2017) untuk batch pertama. Tarikh tutup pendaftaran pada 13.01.2017.
 
3. Antara kemudahan-kemudahan kepada peserta seperti berikut tempat tinggal disediakan, Elaun Harian, Makan/minum percuma dan penempatan kerja selepas tamat kursus.
 
4. Pihak kami memohon maklumat ini disebarkan kepada semua graduan institusi masing-masing. Pegawai yang boleh dihubungi iaitu En. Wan Mohd Naguib Bin. Wan Abd. Rahman di talian 017-2598975.
 
Kerjasama pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.


No comments:

Post a Comment