Saturday 30 April 2016

Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Tarikh : 29.04.2016
Lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ini bertujuan untuk berjumpa dengan pembekal buku dan mengambil buku serta katalog buku-buku terbaru.


Thursday 28 April 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016

Assalamualaikum.. dan Selamat Pagi
PBAKL kini di MAEPS!
29 April 2016 sehingga 9 Mei 2016



Info Menarik PBAKL 2016

Info 1 : Buat pertama kalinya PBAKL 2016 diadakan di MAEP Serdang.

Info 2 : PBAKL 2016 diadakan selama 11 hari bermula 29 April hingga 9 Mei 2016.

Info 3 : PBAKL 2016 kini berwajah baru dengan berkonsepkan destinasi percutian keluarga! Terdapat pelbagai tarikan di MAEPS seperti SPA Kasih Anana (berasaskan herba & nanas), Lookout Tower (Pemandangan seluruh kawasan MAEPS), Laman Sayur (Sayuran yang segar & hijau), Laman Herba (Terdapat 150 herba & rempah), Laman Padi, ‘Bench’ yang banyak di Street Mall, Kota Buku (terdapat tempat baca & rehat)

Info 4 : PBAKL 2016 akan lebih meriah dengan adanya ‘Food Truck’!

Info 5 : Masalah parking? Tiada masalah! Terdapat lebih kurang 7000 tempat letak kereta di MAEP Serdang.

Info 6 : 2 Zon letak kereta di MAEPS; Zon 1 – Berhampiran/Sekitar Dewan A, C & D. Kadar minimum RM5 per entry, Zon 2 – Zon parking pelawat. Percuma. (Tram disediakan)

Info 7 : Perkhidmatan bas ulang alik disediakan – di komuter Serdang, LRT Bukit Jalil & Putrajaya Sentral.

Info 8 : Terdapat Drop Off/Pick Up point di belakang Dewan D untuk teksi, rapid KL, Nadi Putra & Tram (pengangkutan awam)

Info 9 : Tiga dewan utama PBAKL 2016 di MAEPS adalah Dewan A (A1,A2 & A3) , C dan D2.

Info 10 : Isnin – Khamis (10 pagi hingga 7 malam) | Jumaat – Ahad & Cuti Umum (10 pagi hingga 9 malam)

MASUK ADALAH PERCUMA!
Maklumat lanjut boleh klik sini.

Tuesday 26 April 2016

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT’ SEMPENA HARI BUKU DAN HAK CIPTA SEDUNIA

Assalamualaikum...

           Sempena Sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia 2016, pada 23 April 2016 yang lalu, Perpustakaan Politeknik Sultan Azlan Shah juga tidak ketinggalan untuk sama-sama menyambutnya dengan caranya yang tersendiri.  Untuk itu, Program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ atau Let’s Read Together telah dianjurkan sebagai tanda sokongan kepada sambutan tersebut. Program ini telah dijalankan selama 10 minit pada jam 11.00 – 11.10 pagi tadi (Isnin - 25.04.2016) dengan melibatkan penyertaan lebih 60 orang. Ini termasuklah staf Politeknik Sultan Azlan Shah, Guru dan pelajar-pelajar Tabika KEMAS Politeknik Sultan Azlan Shah yang turut sama memeriahkan program sambutan kali ini. Dalam program ini, mereka digalakkan untuk membaca seketika tepat pada pukul 11.00 pagi walau di mana sahaja mereka berada dengan membaca bahan-bahan bacaan yang bersesuaian.

           Program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’ ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Mejar (PA) Nizam Azmal bin Abdul Malek. Selain membaca selama 10 minit, aktiviti seperti Jom Bercerita dan Pertandingan Mengeja turut dilaksankan bersama kanak-kanak Tabika KEMAS ini.
Program ini dianjurkan bertujuan untuk menyemai dan menyemarakkan budaya membaca di kalangan seluruh rakyat Malaysia, khususnya dari peringkat kanak-kanak di samping memperingati sambutan Hari Buku Dan Hak Cipta Sedunia Tahun 2016. Selain itu, ia juga bertujuan memartabatkan kedudukan buku sebagai sumber pengetahuan utama. Walaupun teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) berkembang pesat tetapi buku sebagai wadah untuk membina peradaban dunia tetap kekal dan tidak berubah.

            Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia adalah resolusi daripada persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 15 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April sebagai Hari Buku.


            Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Se-Malaysia relevan dalam masyarakat dan memartabatkan pustakawan sebagai warga pendidik selepas sekolah. Selain itu, telah menjadi peranan perpustakaan untuk menambah nilai hidup dalam masyarakat dengan menganjurkan program seperti ini. Semoga dengan adanya Program ‘Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit’, akan menjadi pemangkin kepada rakyat untuk mula meluangkan masa dengan membaca.

Gambar Sekitar Aktiviti


 Pertandingan Mengeja




Jom Baca bersama Untuk 10 minit

Terima kasih semua..

Saturday 23 April 2016

Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Assalamualaikum
Jom baca bersama untuk 10 minit.
‪#‎25April2016‬

Luangkan masa anda selama 10 minit dan membaca bahan bacaan pada 25 April 2016 ini, jam 11.00-11.10 pagi.
Jangan lupa selfie dan upload gambar anda membaca di FB dan Tweeter dengan hastag ‪#‎jombacabersama‬

Sumber dan maklumat lanjut boleh klik SINI.

Friday 22 April 2016

Hari Bebas denda Perpustakaan Negara Malaysia

Assalamualaikum dan selamat pagi..

Info dari FB Perpustakaan Negara Malaysia

Anda ada buku-buku yang belum dipulangkan ke Perpustakaan Negara Malaysia dan ada denda? Jom, pulangkan buku anda tanpa sebarang denda Sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia pada 23 April 2016 (Sabtu), jam 10.00 pagi hingga 7.00 petang.

Thursday 21 April 2016

Klinik JAWI di Radio IKIM.fm

Assalamualaikum.. 
Perkongsian Aktiviti 


TERBITAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA KEMENTERIAN PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN 


TARIKH 
Mulai 02 April 2016 


HARI 
Setiap Sabtu 


MASA 
9.30 pagi - 10.00 pagi 


GELOMBANG  
Lembah Klang 91.5 fm 
Ipoh, Perak 102.7 fm 
Negeri Sembilan 102.7 fm 
Melaka 89.5 fm 
Johor Bahru 106.2 fm 
Kuantan, Pahang 89.6 fm 
Kuala Terengganu 100.2 fm 
Kota Bharu 89.8 Fm 
Balik Pulau, Pulau Pinang 102.7 fm 
Perlis / Kedah/ Langkawi 89.0 fm 
Kuching 93.6 fm 
Kota Kinabalu 93.9 fm 


PEMBIMBING KLINIK JAWI 
Tuan Haji Azman Bin Haji Ahmad
Pegawai Perancang Bahasa, DBP 


MODUL 

Maklumat lanjut Klik SINI.

Tuesday 19 April 2016

Pameran Diraja

Assalamualaikum..
Bermula 18.04.2016, Perpustakaan telah mengadakan sudut Pameran Diraja..
Disudut ini dipaparkan mengenai Raja-raja yang telah menjadi Yang DiPertuan Agong Malaysia..


Berehat dan Bersantai di Unit Perpustakaan

Assalamualaikum...

Perpustakaan telah menambah baik perkhidmatan dan juga kemudahan di luar dan dalam Perpustakaan.. Semoga dengan kemudahan ini dapat memberikan keselesaan kepada pengunjung..


Perpustakaan telah menyediakan beberapa bangku batu di ruang luar Perpustakaan untuk kemudahan pengunjung duduk dan bersantai.



Bersantai di dalam Perpustakaan..
Perpustakaan turut meletakkan bangku-bangku kayu untuk pelajar duduk..




Perpustakaan turut menyediakan Ruang santai..
Di sini pelajar boleh duduk bersimpuh, bersila dan melunjur..
Terdapat meja jepun dan permaidani..


Ruang untuk menonton Televisyen juga disediakan..

Wednesday 13 April 2016

Menghantar Bahan Bacaan sempena Program "Mini Perpustakaan Al-Barakah"

Assalamualaikum..
Lawatan susulan setelah aktiviti mengecat.
Kali ini untuk menghantar sumbangan buku dan membeli perabut.
Tarikh : 12.04.2016

Gambaran sebelum diubahsuai.

Mencari rak-rak buku yang bersesuaian.

Menyusun atur perabut dan juga buku-buku sumbangan.

Alhamdulillah.. Sudah selesai.